Sebuah Tasik

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi telah menguatkan semangat,memberikan pelbagai idea untuk Gujit menulis kembali di dalam blog ini. Bukan Gujit xnk menulis, bukan kerana kekeringan idea, tp itu semua kehendak Allah yg menjadikan manusia itu dengan sifat pelupa. Menciptakan manusia dengan sifat lalai. Yang menjadikan manusia sibuk dengan tugasan harian. Allah menjadikan manusia itu dgn memberikan byk kelebihan, yg mana kelebihan-kelebihan itulah yg dijadikan alasan oleh manusia untuk mempertahankan diri. Namun, Gujit tidak pernah menyalahkan sesiapa, bahkan menyalahkan diri sendiri yg tiada kekuatan untuk menaip dan berkongsi cerita dengan sahanat2 yg ingin membaca blog ini.:)

Gujit xnk bercerita banyak, tetapi minggu lepas Gujit telah bertemu seorg sahabat yg selalu keluar untuk menjalankan dakwah di muka bumi ini. Namanya spt nama Gujit, tp org xpggl die Gujit.hehe…Alkisahnya, masa Gujit balik dari Engineering Building, dekat2 nk sampai rumah terserempak lah dgn Pakcik ni. Sembang2 dgn die,tanya serba serbi..pasal itu pasal ini. Kemudian die pun masuklah bab hati. katenye (dengan tokok tambah yg agak banyak):

Hati kite umpama sebuah kolam/tasik. Kalau duduk tepi tasik yang lawa, tenang je kite rasa. Kalau duduk di tasik yg byk ganguan penghilang,maka xtenang la kita. Tasik ini dipenuhi oleh air2, yang datang dari sungai2. Sungai2 ni membawa air dari kawasan tanah-tanah tinggi. dan dari manakah datang2 nya punca2 air ini? Tentulah dari Allah S.W.T. Hendak dijadikan perbandingan, sungai yang mengalir untuk memenuhi tasik/kolam bukannya satu, biasanya lebih dari satu. Itulah input yang diterima oleh tasik untuk menjadikan ianya sebuah tasik. Bersih ataupon kotor tasik tersebut adalah berdasarkan input2 yang diterima. Sekiranya sebatang sungai yg mengalirkan air ke tasik tersebut mengalami pencemaran yg amat sgt sgt,maka tasik tersebut juga akan menerima effect/kesan. Begitulah hati manusia. Seperti yg diperkatakan td, hati manusia ini umpama sebuah tasik. Yang mana, sekiranya hati manusia itu bersih..maka org suka mendampinginya dan tenang kita utk berkawan dengannya. Sungai2 pula diibaratkan input2 yg kita terima. Apakah sungai2 ini? Sungai2 tersebut adalah tangan (perbuatan); mata (penglihatan), mulut (percakapan), telinga (mendengar) dan otak (akal).

Hari-hari,kite menerima input utk kita penuhi hati kita ini. Bila sebut perbuatan, hari2 kita melakukan perbuatan. dari bgun pagi sampailah kita tido kembali. Kita pakai baju, makan, pakai..dan semua itu akan memberi refleks kpd ht kita..kalau hati kita cantik, adakah kita akan melakukan perbuatan yang tidak cantik.

Bila sebut perihal mata, maka org melayu pon mulalah berperibahasa.Dr mata turun ke hati. Maka sedarkah kita yang mata kita ini turut memberi effect kpd kebersihan hati? Bila kita byk melihat perkara2 yang melaghakan,adakah hati kita akan bersih?sekiranya mata kita byk melihat kemaksiatan,adakah ht kita ini akat berkilat dgn kebersihan? Sekiranya mata kita ini, selalu melihat ayat-ayat2 Allah, pemandangan yang Allah berikan (bulan, bintang, burung2, malam dan siang) adakah ht kita ini akan bercahaya?

Adapun manusia ini, kelebihan yang Allah berikan adalah berkata2 dgn bahasa yg indah2 dan menyentuh hati. Dengan berkata-kata2, kita ini sahabat2 memang pandai bermadah. Bukan setakat menyentuh ht, tp byk yg kita cakap boleh meruntuhkan ht. Namun inilah kelebihan yg Allah berikan kpd kita semua. Bila kita byk berzikir, ht kita akan mendapat byk input yg bleh membersihkan jiwa kita. Bila sebut bercakap, semestinya ada satu pihak lg akan mendengar. Jd mendengar perkara2 yg baik juga boleh menguatkan Iman kita dan juga membersihkan ht kita. Jika kita selalu bercakap perkara yg tidak elok, mendengar perkataan yang x elok, maka reflekskan dgn hati kita..Adakah hati kita ini sudah kotor ataupon tidak?

Dan sungai yg turut mengalirkan airnya ke hati kita boleh juga kita katekan sebagai akal kita. Kerana akal kita ini menguasai segala tindak tanduk kita (kecuali dgn alasan2 tertentu:))Akal kita byk mentafsir perkara2 yg kita terima sepanjang hri, samada melalui penglihatan, pendengaran mahupon percakapan. Dan inilah hasilnya adalah hati kita. Bersih ataupon tidak.

Sedarkah kita, tasik yang kotor boleh membunuh hidupan lain.Ikan2 air tawar, tumbuh-tumbuhan dan hidupan yg berada di sekitarnya. Samalah dengan hati kita, yang tanpa kita sedari..bila hati kita sudah gelap/hitam/kotor, maka kita pon akan menjadi sampah/toksin yg mampu merosakkan sahabat2 kita yang lain. Yang mampu menghancurkan diri kita sdiri.

Alangkah indahnya bila kita berada di tasik yang bersih/cantik, ikan2 bebas berenang dan pemandangan hijau yg menenangkan jiwa. Kita akan selalu berasa tenang dan gembira. Begitulah org2 yang memiliki hati yang bersih. Samalah kita selalu bercakap2 perkara2 yang baik (zikrullah), menatap perkara2 yang baik (Al-Quran), mendengar perkara2 yang baik (ceramah2) dan berfikir perkara2 yang baik (kebesaran Allah SWT).

Semoga kita sentiasa berada dlm limpah kerahmatanNya, dan dikurniakan dengan hati yang bersih. Kerana hati yg bersih sentiasa mengingati Allah dan akan bertambah keikhlasan dalam melakukan kerja.

Perjalanan yang masih jauh…

Advertisements

About gujit

org biase...pemerhatian dan pembacaan yg mghasilkn byk idea yg ingin dikongsi..penulisan sekadar luahan hati,yg ign dijadikan sebagai pengajaran...no offense
This entry was posted in hidup, my thought, tarbiyyah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s