Selamat Tahun Baru

Bismillahirrahaminirrahim..

Pembukaan tahun 2011, disebabkan atas alasan2 tertentu, maka tahun ini tidak terasa kemeriahan sambutan Tahun Baru. Tiada bunga api yg dapat dilihat. Tiada suasana kemeriahan yang dapat dilihat. Yang hanya ada adalah kerusi-kerusi kosong. Kedai-kedai 24h yang ditutup. Semata-mata untuk menyambut kedatangan Tahun Baru Masehi. Adapun di kalangan teman2, bila tahun Baru tiba maka soalan cepu cemas adalah apakah azam tahun Baru anda?

Menjadi kelaziman untuk kita bertanya. Mungkin sebagai modal untuk memulakan percakapan, mahupon sebagai meraikan suasana Tahun Baru. Kalau xditanya, mungkin tidak sedar yang kita sudah melangkah setapak ke tahun yang baru. Dalam hidup ini, sepanjang tahun ada 3 kali akan orang tanyakan kita tentang azam tahun Baru. Bilakah org akan bertanya? Pertamanya ketika menyambut Tahun Baru Masehi. Keduanya ketika Tahun Baru Hijrah. dan last sekali adalah ketika Hari Lahir kita. Maka, jd kalau org yg lahir pada tahun baru, maka hanya 2 kali soalan tersebut akan diutarakan.

Menariknya, tanpa kita sedari apabila soalan2 ini di tanya maka kita akan mula berfikir apa yang kita mahu pada tahun tersebut. Azam ini boleh pelbagai. Ada yang bersifat subjektif dan ada juga yg bersifat objektif. Papepon, persoalan berkenaan azam seharusnya kita jawab dengan tulus. Kerana soalan2 inilah yang akan menjadikan hidup kita lebih menarik dan bermotivasi. Mungkin ada di kalangan kita ini, ataupun saya sendiri kurang berminat untuk memberikan jawapan. Bahkan suka untuk menyimpan azam. Dengan alasan, nanti kalau xterlaksana xpe sbb org xtaw azam kita ni ape. Tidaklah malu sangat. Pemikiran seperti ini yang menyebabkan kadang2 Gujit sendiri pon menjadi sorang yang kurang motivasi. Kurang pegangan dan tidak menjadi seorang yang berjiwa besar. Kadang-kadang terasa orang tidak perlu mengetahui azam kita, sebab azam itu hak diri sendiri. Bimbang orang akan memerli kita dengan azam yang kurang matang dan sebagainya.

Sebut mengenai azam ini, sebagai umat Islam, kita seharusnya sentiasa memperbaharui azam setiap masa. Jangan terlalu rigid dan berpegang kepada sesuatu azam sampai kita terlalu memikirkannya lebih2 lagi apabila azam yang kita laksanakan adalah azam yg berbentuk objektif. Dari segi pelaksanaan azam, kita hendaklah melihat azam itu sebagai sumber inspirasi dalam melaksanakan kerja.

Apepon yang anda letakkan sebagai azam, selamat maju jaya. Yang belum meletakkan azam, semoga anda menjadi org yang sentiasa berazam. Azam Gujit adalah untuk menjadi org yang banyak beramal, dan berusaha untuk menyampaikan apa yang ada dalam fikiran ini. Supaya Gujit tidak melupakan apa yang difikirkannya dan juga tidak lupa kepada Sejarah Hidup Gujit.

Selamat Tahun Baru. Semoga Sinar Islam terus berkilau dan Gerakan Islam terus maju dengan kesatuan dan bukannya dengan kekeliruan.

Advertisements

About gujit

org biase...pemerhatian dan pembacaan yg mghasilkn byk idea yg ingin dikongsi..penulisan sekadar luahan hati,yg ign dijadikan sebagai pengajaran...no offense
This entry was posted in kata2 ntah pape, Kembara, my thought. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s