Selamat Tahun Baru

Bismillahirrahaminirrahim..

Pembukaan tahun 2011, disebabkan atas alasan2 tertentu, maka tahun ini tidak terasa kemeriahan sambutan Tahun Baru. Tiada bunga api yg dapat dilihat. Tiada suasana kemeriahan yang dapat dilihat. Yang hanya ada adalah kerusi-kerusi kosong. Kedai-kedai 24h yang ditutup. Semata-mata untuk menyambut kedatangan Tahun Baru Masehi. Adapun di kalangan teman2, bila tahun Baru tiba maka soalan cepu cemas adalah apakah azam tahun Baru anda?

Menjadi kelaziman untuk kita bertanya. Mungkin sebagai modal untuk memulakan percakapan, mahupon sebagai meraikan suasana Tahun Baru. Kalau xditanya, mungkin tidak sedar yang kita sudah melangkah setapak ke tahun yang baru. Dalam hidup ini, sepanjang tahun ada 3 kali akan orang tanyakan kita tentang azam tahun Baru. Bilakah org akan bertanya? Pertamanya ketika menyambut Tahun Baru Masehi. Keduanya ketika Tahun Baru Hijrah. dan last sekali adalah ketika Hari Lahir kita. Maka, jd kalau org yg lahir pada tahun baru, maka hanya 2 kali soalan tersebut akan diutarakan.

Menariknya, tanpa kita sedari apabila soalan2 ini di tanya maka kita akan mula berfikir apa yang kita mahu pada tahun tersebut. Azam ini boleh pelbagai. Ada yang bersifat subjektif dan ada juga yg bersifat objektif. Papepon, persoalan berkenaan azam seharusnya kita jawab dengan tulus. Kerana soalan2 inilah yang akan menjadikan hidup kita lebih menarik dan bermotivasi. Mungkin ada di kalangan kita ini, ataupun saya sendiri kurang berminat untuk memberikan jawapan. Bahkan suka untuk menyimpan azam. Dengan alasan, nanti kalau xterlaksana xpe sbb org xtaw azam kita ni ape. Tidaklah malu sangat. Pemikiran seperti ini yang menyebabkan kadang2 Gujit sendiri pon menjadi sorang yang kurang motivasi. Kurang pegangan dan tidak menjadi seorang yang berjiwa besar. Kadang-kadang terasa orang tidak perlu mengetahui azam kita, sebab azam itu hak diri sendiri. Bimbang orang akan memerli kita dengan azam yang kurang matang dan sebagainya.

Sebut mengenai azam ini, sebagai umat Islam, kita seharusnya sentiasa memperbaharui azam setiap masa. Jangan terlalu rigid dan berpegang kepada sesuatu azam sampai kita terlalu memikirkannya lebih2 lagi apabila azam yang kita laksanakan adalah azam yg berbentuk objektif. Dari segi pelaksanaan azam, kita hendaklah melihat azam itu sebagai sumber inspirasi dalam melaksanakan kerja.

Apepon yang anda letakkan sebagai azam, selamat maju jaya. Yang belum meletakkan azam, semoga anda menjadi org yang sentiasa berazam. Azam Gujit adalah untuk menjadi org yang banyak beramal, dan berusaha untuk menyampaikan apa yang ada dalam fikiran ini. Supaya Gujit tidak melupakan apa yang difikirkannya dan juga tidak lupa kepada Sejarah Hidup Gujit.

Selamat Tahun Baru. Semoga Sinar Islam terus berkilau dan Gerakan Islam terus maju dengan kesatuan dan bukannya dengan kekeliruan.

Posted in kata2 ntah pape, Kembara, my thought | Leave a comment

Sebuah Tasik

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi telah menguatkan semangat,memberikan pelbagai idea untuk Gujit menulis kembali di dalam blog ini. Bukan Gujit xnk menulis, bukan kerana kekeringan idea, tp itu semua kehendak Allah yg menjadikan manusia itu dengan sifat pelupa. Menciptakan manusia dengan sifat lalai. Yang menjadikan manusia sibuk dengan tugasan harian. Allah menjadikan manusia itu dgn memberikan byk kelebihan, yg mana kelebihan-kelebihan itulah yg dijadikan alasan oleh manusia untuk mempertahankan diri. Namun, Gujit tidak pernah menyalahkan sesiapa, bahkan menyalahkan diri sendiri yg tiada kekuatan untuk menaip dan berkongsi cerita dengan sahanat2 yg ingin membaca blog ini.:)

Gujit xnk bercerita banyak, tetapi minggu lepas Gujit telah bertemu seorg sahabat yg selalu keluar untuk menjalankan dakwah di muka bumi ini. Namanya spt nama Gujit, tp org xpggl die Gujit.hehe…Alkisahnya, masa Gujit balik dari Engineering Building, dekat2 nk sampai rumah terserempak lah dgn Pakcik ni. Sembang2 dgn die,tanya serba serbi..pasal itu pasal ini. Kemudian die pun masuklah bab hati. katenye (dengan tokok tambah yg agak banyak):

Hati kite umpama sebuah kolam/tasik. Kalau duduk tepi tasik yang lawa, tenang je kite rasa. Kalau duduk di tasik yg byk ganguan penghilang,maka xtenang la kita. Tasik ini dipenuhi oleh air2, yang datang dari sungai2. Sungai2 ni membawa air dari kawasan tanah-tanah tinggi. dan dari manakah datang2 nya punca2 air ini? Tentulah dari Allah S.W.T. Hendak dijadikan perbandingan, sungai yang mengalir untuk memenuhi tasik/kolam bukannya satu, biasanya lebih dari satu. Itulah input yang diterima oleh tasik untuk menjadikan ianya sebuah tasik. Bersih ataupon kotor tasik tersebut adalah berdasarkan input2 yang diterima. Sekiranya sebatang sungai yg mengalirkan air ke tasik tersebut mengalami pencemaran yg amat sgt sgt,maka tasik tersebut juga akan menerima effect/kesan. Begitulah hati manusia. Seperti yg diperkatakan td, hati manusia ini umpama sebuah tasik. Yang mana, sekiranya hati manusia itu bersih..maka org suka mendampinginya dan tenang kita utk berkawan dengannya. Sungai2 pula diibaratkan input2 yg kita terima. Apakah sungai2 ini? Sungai2 tersebut adalah tangan (perbuatan); mata (penglihatan), mulut (percakapan), telinga (mendengar) dan otak (akal).

Hari-hari,kite menerima input utk kita penuhi hati kita ini. Bila sebut perbuatan, hari2 kita melakukan perbuatan. dari bgun pagi sampailah kita tido kembali. Kita pakai baju, makan, pakai..dan semua itu akan memberi refleks kpd ht kita..kalau hati kita cantik, adakah kita akan melakukan perbuatan yang tidak cantik.

Bila sebut perihal mata, maka org melayu pon mulalah berperibahasa.Dr mata turun ke hati. Maka sedarkah kita yang mata kita ini turut memberi effect kpd kebersihan hati? Bila kita byk melihat perkara2 yang melaghakan,adakah hati kita akan bersih?sekiranya mata kita byk melihat kemaksiatan,adakah ht kita ini akat berkilat dgn kebersihan? Sekiranya mata kita ini, selalu melihat ayat-ayat2 Allah, pemandangan yang Allah berikan (bulan, bintang, burung2, malam dan siang) adakah ht kita ini akan bercahaya?

Adapun manusia ini, kelebihan yang Allah berikan adalah berkata2 dgn bahasa yg indah2 dan menyentuh hati. Dengan berkata-kata2, kita ini sahabat2 memang pandai bermadah. Bukan setakat menyentuh ht, tp byk yg kita cakap boleh meruntuhkan ht. Namun inilah kelebihan yg Allah berikan kpd kita semua. Bila kita byk berzikir, ht kita akan mendapat byk input yg bleh membersihkan jiwa kita. Bila sebut bercakap, semestinya ada satu pihak lg akan mendengar. Jd mendengar perkara2 yg baik juga boleh menguatkan Iman kita dan juga membersihkan ht kita. Jika kita selalu bercakap perkara yg tidak elok, mendengar perkataan yang x elok, maka reflekskan dgn hati kita..Adakah hati kita ini sudah kotor ataupon tidak?

Dan sungai yg turut mengalirkan airnya ke hati kita boleh juga kita katekan sebagai akal kita. Kerana akal kita ini menguasai segala tindak tanduk kita (kecuali dgn alasan2 tertentu:))Akal kita byk mentafsir perkara2 yg kita terima sepanjang hri, samada melalui penglihatan, pendengaran mahupon percakapan. Dan inilah hasilnya adalah hati kita. Bersih ataupon tidak.

Sedarkah kita, tasik yang kotor boleh membunuh hidupan lain.Ikan2 air tawar, tumbuh-tumbuhan dan hidupan yg berada di sekitarnya. Samalah dengan hati kita, yang tanpa kita sedari..bila hati kita sudah gelap/hitam/kotor, maka kita pon akan menjadi sampah/toksin yg mampu merosakkan sahabat2 kita yang lain. Yang mampu menghancurkan diri kita sdiri.

Alangkah indahnya bila kita berada di tasik yang bersih/cantik, ikan2 bebas berenang dan pemandangan hijau yg menenangkan jiwa. Kita akan selalu berasa tenang dan gembira. Begitulah org2 yang memiliki hati yang bersih. Samalah kita selalu bercakap2 perkara2 yang baik (zikrullah), menatap perkara2 yang baik (Al-Quran), mendengar perkara2 yang baik (ceramah2) dan berfikir perkara2 yang baik (kebesaran Allah SWT).

Semoga kita sentiasa berada dlm limpah kerahmatanNya, dan dikurniakan dengan hati yang bersih. Kerana hati yg bersih sentiasa mengingati Allah dan akan bertambah keikhlasan dalam melakukan kerja.

Perjalanan yang masih jauh…

Posted in hidup, my thought, tarbiyyah | Leave a comment

Waterfall WALES!!!

Bismillahirrahmanirrahim…..

Hehe,kembali menulis selepas sekian lama menyepi…Sepi kerana mencari ILHAM ke??Sepi sesepi malam di Rhymney Street pada waktu malam..Selepas 4bulan senyap sunyi, daripada sebelum exam…sampai nk exam balik…hehe…Kalam ini ditulis sekadar mengisi kesepian malam yg menatikan mata ini terpejam buat seketika…

Alhamdulillah,walaupon hanya meniti hari untuk exam (relek2 dlu,2 mggu lg) tp sempat lg berlipur lara di sekitar Wales ini…Dengan perancangan yg tidak seberapa rapi, setelah kawan2 medik kecewa dgn sistem pepriksaan mereka di Cardiff ini,maka kami berempat telah menyusuri ke sekitar Wales mencari keindahan ciptaan Ilahi…Berpandukan GPS yg dipinjam dan kereta yang disewa, maka perjalanan telah pon bermula..

waterfall

Dengan niat untuk mencari mood exam, seblom melangkah kaki ke ke exam period, maka ketenangan jiwa dicari…Tiada alunan lagu rock berkemandang, tiada bunyi tembak-tembakan, tiada bunyi lagu nasyid…yang hanya adalah percikan air menimpa batu, kicauan burung sahut menyahut dan desiran bayu menyapa dedaun..Tenang, MashaAllah…Sesungguhnya ciptaan Allah adalah yg paling hebat dan agung…

Tenby, Wales

Weekend kami berlalu dengan cepat sekali..Sedar2 da hari ahad..Impian utk melihat sunset dan sunrise di tepi pantai tidak kesampaian kerana cuaca yang tidak mengizinkan. Syukur kerana dapat menjejakkan kaki di pantai setelah berada 1thun setengah di UK.. Banyak perkara yang berlaku sepanjang perjalanan dan semoga mendapat berkah dalam perjalanan yang kami lalui. Sebagai penutup, kenangan perjalanan kami sepanjang 3 hari…

Perjalanan dimulakan dgn memuji Allah

kesamaran Caerphilly Castle

Spring akhirnya kunjung tiba

Caerphilly Castle

Waterfall yg pertama..hehe

Ayam masak ke x ni??

waterfall kedua

encemnyerrrr...haha

InshaAllah….Allah Sayang

Posted in hidup, Kembara, Kisah2, tarbiyyah | Leave a comment

KEMBALI!!!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…

Salam UK buat semua..setelah sekian lama menyepikn diri,kini tiba masenya utk kembali beraksi..bukan untuk mempopuarkn diri,bkn untuk bertanding,bukan jua untuk saja..Namun ini adalah jalan hidupku…Jalan yang akan aku lalui..Jalan yg telah dan jalan yang akan lalui..bukan hanya sekadar untuk masa lalu,tp sesuatu yang akan memberikan pedoman kepada diri ini..kepada sesiapa yang ingin menjengah ke dalam blog ini..

Diri ini tidak setanding dengan seorang guru,tidak setanding denagn seorang doktor..peluang untuk  berbakti pada masyarakat adalah sedikit, tetapi takdir Allah yang menetapkan diri ini begini, Allah knows the best, Dia xmenjadikan semua orang untuk bergelar guru..Dia juga tidak menjadikan semua orang untuk menjadi doktor. Dia tidak juga mejadikan semua manusia itu ustaz-ustaz, ulama’-ulama’.Semua yang dihasilkanNya supaya kita lebih dekat kepadaNya. Supaya kejadian ini mentarbiyyahkan diri ini,kita semua. Supaya kita mengenali lebih ramai orang untuk sama2 mengajak kita kembali kepada Allah. Supaya kita boleh berdiskusi untuk menunjukkan betapa besarNya nikmat yang dikurniaknNya. Bukan untuk kita berlumba2 mencari dunia. Bukan untuk kita menyalahkan takdir yang tidak menjadikan apa yang kita mahukan. Tidakkah kita sedar betapa uniknya ciptaanNya..Sebagaimana Dia menciptakan manusia itu berbangsa-bangsa sebagaimana dalam firmanNya dalam kitab suci kita ;

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Surah Al-Hujurat:13)

Dalam ketidaksedaran kita, semua ciptaan Allah sentiasa menunjukkan kesalingbergantungan antara satu sama lain. Tidak ada satu pun yang diciptakan Allah itu boleh hidup seorang. Mahu tidak mahu, hendak tak hendak, kita akan bergantung bergantung juga. denagn kesedaran yang sama, blog ini dihidupkan kembali sempena dengan Hari Raya Qurban, kerana penulisan ini turut melibatkan pengorbanan.Sebuah idea yang dihasilkan bukanlah dalam masa 1minit,tp memerlukan sedikit masa untuk pengolahan supaya dapat menarik hati2 kita membaca..bukan bacaan berat, tapi sebagai sebuah cerita yang mampu menghiburkan hati yang sedang lara, supaya kita sama2 kembali mengingati pada Yang Hak, supaya cinta kita kepada Yang Hakiki tidak terjejas…

Tidak berlakunya sesebuah cerita tanpa asbab yang diilhamkan oleh Yang Maha Pencipta.

Posted in my thought, tarbiyyah | Leave a comment

0105 – 0509

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…

Salam Teman…

trasa agak lama menyepikan diri dri menulis dlm blog ini..biasa la,keadaan tidak mengizinkan sejak blik dr Cardiff ini..bukan mencari alasan,tp mmg sudah ditakdirkn utk tidak dpt menulis..almaklum la,family org kg..internet pon kene g bandar tok cr computer centre..namun itu bukan alasan utama,sekadar alasan utk dijadikan bantal agar diri ini selesa,yakni tidak trase hangat2 taik ayam..namun bile diberi bantal ini,almaklum la terlampau best plak sampai idea xdtg2 untuk menconteng di sini…

Alhamdulillah,segala yg dirancang dgn izinNya telah berjalan dgn lancar.sudah menjadi ketentuanNya,program yg dirancang oleh sahabat2 SMACH dlu utk prog motivasi bg adik2 angkat 0509 telah berjalan dgn lancarnya.Namun bak kata pepatah,dalam setandan pisang tu xsemuanya baik.Mesti ada cacatnya,tp secara keseluruhan diharapkan prog tersebut mampu memantapkan diri pelajar2 sebagaimana nama program ini<Program Pemantapan Jati Diri Cemerlang SMACH 09>.segala yg baik itu adalah datang dariNya dan segala yg buruk itupun dtang driNya melalui kelemahan diri kita.Kelemahan yang ditunjukkan olehNya itu membuatkan kita sentiasa berfikir,yang mengingatkan kita bahawa ada org yg lg berkuasa,yg lg kuat,yang Maha Agung.Kekurangan inilah yg menjadikan diri ini lebih kuat,membuat diri ini terasa untuk terus berusaha memperbaiki kelemahan yang ada.Tp okey la,trase beban tanggungjawab tu terlepas selepas usainya majlis perasmian penutup yg disempurnakan oleh PK 1.Dengan harapan segala perkongsian ilmu dgn adik2 adalah dibawah rahmatNya supaya tidak menjadikan program itu sebagai perkara yang sia..Cikgu Sudin  <ketua warden ku dlu mase f2-f5>.Jawatannya sudah berubah,namun sikap tanggungjawabnya still sama.Beliau masih rajin mengejar pelajar2 ke masjid di kala bumi ada mentarinya..bukan hendak menceritakan dia tp perihal kawan2 yg sudah xlame kutemui…

Setelah keluar dr SMACH slpas SPM,ni lah gathering yg dibuat secara besar-besaran,namun bukan semua yg dtg sbb ramai kawan skelas dlu2 xdtg…BDk2 medic Mesir, India,Indon n republic chez xblik lg time tu…bile da lame xjumpe,byk yg tlh berubah…tringat time usrah dlu,dlm 1 perkongsian ilmu mengatakan manusia ini ada 3 golongan…

yg pertama, golongan yg mengangap dunia ini sbgai ladang ternakan…

kedua,golongan yg tersesat

ketiga, golongan manusia yg terkapai2 di antara keduanya…

sambil2 xtvt dijalankan,terlihat juga kawan 2 seperjuangan dlu…ternyata,sesetengah dr mereka ini,usia telah mematang mereka..dr segi berfikir, dan juga bercakap..ada isi,ada point…namun mereka ini umpama manusia yg terkapai2 @ tersesat…hanya seorg dua shaja yg dpt dilihat menganggap dunia ini sebagai ladang mereka..memelihara diri,menjaga solatnya…menjaga makan minumnya…selebihnya,dgn rokok di tangan.ckp plak perkataan yg digilai remaja2 sekarang….mcm kita ni tua…

Kalau diikutkn hati,xtenang lepas program tersebut..trasa banyak yg tidak dikongsi,trasa kesian dengan adik2…Jiwa mereka masih bersih,masih mencari erti hidup yg sebenar…terlena mengejar cita2,sampai lupa yg menentukan segalanya adalah Allah…Semoga Allah merahmati perjuangan mereka.Sama2 lah berdoa moga Allah akan terus memberi petunjuk dan rahmat buat mereka..truskan brusaha,slamat berjuang…GOOD LUCK IN SPM 2009…to CRAVIUSLEONIDUS0509 from SUPREMACY0105

p/s : medik tu susah ke???

Posted in hidup, my thought | Leave a comment

summer pertama…:)

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM…

Setiap kli nk memulakan sesuatu,mmg bismillah akan disertai…harap2 tulisan yg ditintakan ini tidak menjadi sesuatu yg lara,tp dpt menjadi suatu yg dpt dijadikan iktibar..tidak sekadar mengisi masa lapang,tp menjadi suatu yg mampu mengisi kekosongan jiwa..bismillah,kalimah yg cukup memberi makna..dengan nama Allah,setiap perkara adalah datang dariNya,bukan hanya sekadar lukisan sebuah kehidupan…

Fuh,sedar xsedar,da 4 musim berada di bumi Cardiff…tanpa merasa pemergian musim spring n autumn(sbb smua mcm sama je)..Yg pasti org ckp skrg da summer…tertanya2 gak,bile musim springnye??…hanya yg taw,ada salji dan skrg da panas…Mat salleh tanpa segan silu berjemur2 di taman2..MashaAllah…tp nilah realiti yg terpaksa dihadapi…Tp nk diceritakan,sekajap je duk di bumi UK ini,da nk blik mesia..Harap2 perjalanan pulang yg dijangka 15 Jun ini berjalan dgn lancar dgn izinNya…hari ini da 8 Jun,ish,xsabarnya nk blik malaysia,tanah tumpah darahku..huhu

Setiap sebuah pertemuan pasti adanya perpisahan…Begitulah resamnya sebuah kehidupan..kenangan manis bersama2 teman2 seperantauan pastinya manis,akan dikenang dlm hati ini…Summer mmg dinanti oleh stiap org,terutamanya selepas exam..mmg terasa enjoy.terasa diri ini terlepas dr satu beban – sbb thn depan da blaja benda lain,xmacam zaman sekolah dlu2,klu nk SPM perlu revise yg F4,PMR lg la…cuti trisi dgn revising je…msalahnya,pernahkah aku melakukan semua tu???hahaha…Then,byk xtvt yg dpt dirancang bile tibanya musim summer kerana cuacanya tidak la sejuk sgt,wlupon agak sejuk kekadang tu…antaranya adalah Hari Keluarga…

Tibanya summer bererti sudah setahun diri ini bergelar pelajar universiti…Namun,agak terasa perbezaan antara belajar di sebuah sekolah,kolej persedian dan juga belajar di oversea ni…Kalau di sekolah,teringat lg akan cikgu2 yg begitu bersemangat memerah keringat utk pemahaman pelajar2nya..setiap soalan bukan setakat dijawab satu2,bahkan diulang2 sampai buleh hafal ayat yg dituturkan oleh guru.di tempat persedian,guru2 still lg menjawab soalan dan memaksa student menjawab soalan..tp xdiulang2..bile masuk uni je,pensyarah hanya bg soalan dan tiba masanya,discuss 2-3 soalan dari 15-20 soalan yg diberikan…bygkn,msa yg diberikan sedikit,soalan2 yg susah..pastu bile jwab,yg dibincang soalan yg xsempat dibuat…tidakkah rasa kecewa??huhu..nilah nasib pelajar uni,tp nasib baik ada past paper…just answer it,and inshaAllah it will came out again…Alhamdulillah,but that only applied for a few papers…huhu…anyways,ALLAH KNOWS WHAT IS THE BEST FOR US…BELIEVE ALLAH,HE IS THE ALMIGHTY…

Posted in hidup | Leave a comment

DUNIA

Dunia,

Banyak jalan

Berliku

Bersimpang siur

Tindih menindih

Atas dan bawah

Dunia,

Banyak manusia

Berbeza bangsa

Tipu menipu di mana-mana

Atas dan bawah

Dunia,

Banyak warna

Berbeza pengertian

Berlainan maksud

Tidak sama semuanya

Atas dan bawah

Dunia,

Masih sama

Ada atas

Ada bawah

Masih sama

tidak pernah berubah…..

 

2,Barcelone 

Paris

(11 April 2009, 1436h)

Posted in my thought | Leave a comment

journey to PARIS

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…

Alhamdulillah,xterpk pda zaman sekolah dulu nk g France,tp skunk da menjejak kaki di bumi asing ini.kota cinta,Paris, penuh dengan kekreatifan penduduk2 nya…Tika ini,masih lg duk kt 2,barcelone,Paris..naek metro 10,berhenti kt MIRABEAU..sampainyer ambo sini pade 8 april,kol 9 pg dgn hujan renyai2..Rahmat btol pade hari pertama kt sini…Igtkn kt sini da xleh online,tp slalu je online..hehehe..beruntung ader saing d France ni…

emm,dipendekkn cite..ader pelbagai ragam dan perangai bile dtg Paris ni smggu<pengajaran jgn melancong 1 tempat lame2 ng ramai org>hehehe…tempat pertama yg dilawati di Paris ni adalah Notre dome…Church yg menjd tarikan pelancong..seni bina yg menarik..mmg susah nk cri kt mane2.rajin tol org2 France ni membuat patung2 di dinding  Church ni.Dari bawah sampai atas..kemudiannya kami di bawa melawat ke Musee du Louvre..Tempt ni la terletaknya gamba Monalisa..both places,panjang giler bratur,mcm ulat…walupon hujan,Paris mmg menjd tarikan utama…anyways thanks to Haziq sbb menjemput kami dr Gare du Nord…klu x,sumpah mmg sesat le kami…da la lapo time 2..huhuhuh

 

Posted in hidup | Leave a comment

CINTAILAH ILAHI

lirik yg bagus…menarik dan memberi kesan kpd diri yg lemah ini yg sering tercri2 cinta.cinta yg dicari adalah cinta yg hakiki dan cinta sejati..CINTAILAH ILAHI

Rasa cinta

Adalah satu

anugerah Tuhan

pada hambaNya

Dan kerananya

manusia sanggup apa saja

Asalkan dia memiliki apa yang dicita

Kerna cinta

Sanggup berkorban apa saja,

harta dan nyawa

Setiap detik

hanya memikirkan tentang si dia

yang tercinta

Ingin bersama sepanjang masa

Tetapi pastikah

cintamu dihargai

Mungkinkah si dia

kan tetap setia

Setelah kau serah jiwa dan ragamu

Mungkinkah kau pastikan

tidak kan dihancurkan

Jika engkau mencintai bunga

Sedarlah engkau bunga itu akan layu

Jika engkau cintakan manusia

Sedarlah suatu hari dia akan pergi

Jika engkau mencintai harta

Harta itu nanti kau akan tinggalkan

Jika engkau mencintai Ilahi

Hanya Dia yang akan kekal abadi

Cintailah Ilahi 

 

by IN-TEAM

cintailah ilahi by IN-TEAM

 


Posted in lagu | Leave a comment

saing dr Jepun

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…

Fuhhhhh,sedar xsedar da lame xupdate…sampai kene tegur…bulih die ckp kite ni hangat2 taik ayam…xptt2…tp nasib baek taik ayam,bulih gak basuh..klu terpijak pon,cam da biase je…hehehe..klu la bende laen..<malas nk pk>..

em..ni lah kehidupan sebagai student..nk blaja malas,bukak facebook rajin plak..naseb baek ade perkataan book kt blakang..bulih dijadikan ubat blaja..hehe..adepon dlm sbln xtulis ni,ade kunjungan seorg kawan@saing maso kecik2 dlu…saing zame skoloh rendah katekn…Dia ni belajar kt jepun skunk…area Nagaoka katenyer..satu benda yg pling respek kt die,kecek qlate..pekat supo dlu..ng sapo2 pon,bunyi qlate tok ile…hebat2, padehal dlu pon dio blaja 5 thn kat SDAR…mulo2 jupo di manchester pd 11032009…sanggup moteng klas tu sbb nok g jupo…lgpon tu first time g manchester slepas brapo bule duk d UK.

depan stadium manchester      

Posted in hidup | Leave a comment